MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI PPD BAGAN DATUK. LAMAN INI HANYA SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH KE LAMAN PORTAL RASMI. SEKIAN, TERIMA KASIH

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

Salam Ucapan daripada Tuan PPD Bagan Datuk

4 Jun 2018

MAKLUMAN PELAKSANAAN KELAS KOMPUTER DI LUAR WAKTU PDPC

Pengetua dan Guru Besar Daerah Bagan Datuk

Nota : Mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memuat turun dokumen-dokumen tersebut :

1. Surat Pekeliling

19 Nov 2017

LAPORAN PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) DAN KEM CEMERLANG JAW| (KCJ) PROGRAM j-OAF BAGI NEGERI PERAK TAHUN 2017

Semua Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan. Pihak tuan dimohon untuk muat turun dokumen-dokumen tersebut untuk tindakan tuan yang seterusnya. 

3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi En. Mohd Khairur Rosikhan Bin M. Muridun di talian 05-241 4000 / 019-566 9676.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :





MAJLIS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN GURU SEMPENA KONVENSYEN PENDIDIKAN DAN PERSIDANGAN TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR (MGB) NEGERI PERAK KALI KE-30 TAHUN 2017

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa sempena Konvensyen Pendidikan Dan Persidangan Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Perak Kali Ke-30 Tahun 2017, satu majlis bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Pedana Menteri Malaysia dan Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :

Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)
Tempat : Hotel Kinta Riverfront, Ipoh
Pakaian : Long Suit/ Pakaian Kerja

Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang (Sesi Pertama) 
Bersama : Yg. Bhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Masa : 2.00 petang – 5.00 petang (Sesi Kedua)
Bersama : YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir bersama 4 orang pegawai PPD dari daerah tuan ke majlis tersebut. Pihak tuan juga diminta untuk memastikan supaya semua Pengetua dan Guru Besar dari daerah tuan wajib hadir bagi kedua-dua sesi yang dijalankan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Mohamad Noopiah di talian 05-5015226 / 012-5316820 dan Encik Rustam Affandy Bin Abdul Aziz di talian 012-5206681.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :

17 Nov 2017

PENGAMBILAN SABUN PENCUCI, SABUN TANGAN DAN BAHAN BANTUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN AWAL SAINS UNTUK PRASEKOLAH DAERAH BAGAN DATUK

Semua Guru Besar Program Prasekolah
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk mengambil bahan-bahan tersebut sebelum atau pada 8 Disember 2017 di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT SIARAN

16 Nov 2017

PROGRAM KARNIVAL PRASEKOLAH BAGAN DATUK TAHUN 2017

Semua Guru Besar Program Prasekolah
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Bersama-sama ini dilampirkan semua dokumen yang berkaitan dengan perkara yang di atas.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memuat turun dokumen-dokumen tersebut untuk tindakan yang selanjutnya.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :

KARNIVAL NBOS BERSAMA DENGAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan program tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 19 November 2017 | Ahad
Masa : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : SMK Hutan Melintang

3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT PANGGILAN

PERINGATAN MESRA: PENGISIAN DATA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH-APLIKASI PENGISIAN DATA MURID (SPS-APDM) BAGI TAHUN 2017

Pengetua / Guru Besar,

Seluruh Negeri Perak.



Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Bagan Datuk

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir pengisian data PAJSK adalah seperti yang berikut :

Tahun 4 dan 5 - sebelum atau pada 5 Disember 2017
Tingkatan 3 - sebelum atau pada 27 November 2017
Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 - sebelum atau pada 5 Disember 2017

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memastikan semua data dilengkapkan seperti yang diperlukan dengan kadar segera. Permasalahan berkaitan PAJSK, mohon pihak sekolah emelkan butiran lengkap masalah dengan menggunakan borang excel ini ke aduan.pajsk@moe.gov.my dan noorulanuar@moe.gov.my cc ke nurainsham.ab@moe.gov.my

4. Sebarang pertanyaan, hubungi Puan Nur’ainsham binti Abu Bakar (Pegawai Meja PAJSK Negeri Perak) di talian 05 - 501 5155 / e-mel : nurainsham.ab@moe.gov.my atau pegawai kokurikulum daerah masing-masing.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :